Bab 7 - Model dan Pelan Perniagaan

7.0 Model Perniagaan Dan Pelan Perniagaan
  • Membina Pelan Perniagaan Yang Efektif
  • Menulis Pelan PerniaagaanWriting a winning Business Plan
  • Nilai Saranan
Kegunaan Pelan Perniagaan

  •   Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  •   Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  •   Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  •   Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan      pembiayaan.
  •   Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Kandungan Pelan Perniagaan

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif Pelan Perniagaan/sinopsis
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan Pelan Perniagaan
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan
Penyediaan Pelan Perniagaan

1. Pengenalan
 Nama Syarikat
 Jenis Perniagaan yang diceburi
  Barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  lokasi premis

  • ·         tarikh perniagaan dimulakan
  • ·         latar belakang industri dan tren pasaran
  • ·         Senario masa hadapan

   2. Tujuan Penyediaan

Nyatakan sama ada:

  • ·         memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • ·         merancang pelaksanaan projek baru
  • ·         untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaa

 3. Latar Belakang Syarikat


  • ·         Nama perniagaan
  • ·         Alamat, No. Telefon
  • ·         Bentuk perniagaan
  • ·         Kegiatan utama
  • ·         Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • ·         No. Pendaftaran Perniagaan
  • ·         Modal permulaan, modal dibenar
  • ·         Nama dan alamat pemegang saham


4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • ·         Nama, alamat, no. telefon
  • ·         Kelulusan akademik
  • ·         Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • ·         Matlamat dan strategi syarikat
  • ·         Struktur/carta syarikat
  • ·         Senarai kakitangan pengurusan
  • ·         Senarai perjawatan
  • ·         tanggungjawab setiap jawatan
  • ·         imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • ·         Analisis Pasaran
  • ·         untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
  • ·         mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
  • ·         mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
  • ·         Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
  • ·         Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
  • ·         Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
  • ·         Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi


  • ·         Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • ·         Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • ·         Keupayaan pengeluaran
  • ·         Rancangan pengeluaran
  • ·         jumlah pengeluaran
  • ·         keupayaan maksimum
  • ·         penyimpanan stok
  • ·         Senarai bahan mentah (jika ada)
  • ·         Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • ·         Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian daya maju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan
  • modal sendiri
  • pinjaman bank
  • sewa beli
  • lain-lain
  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
         Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
           Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.