Bab 3 - Kreativiti dan Inovasi

3.0 Creativity and Innovation
  • Invention, Creativity, Innovation
  • Creative Ideas
  • Innovative Ideas
  • The role of creativity & Innovation


Ringkasan:
a - Apa itu Kreativiti?- Adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan keefisyenan dan 
 keberkesanan sesuatu sistem.

b - Proses Kreativiti

Adalah membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:-

  • Pengumpulan Pengetahuan
  • Inkubasi
  • Idea
  • Penilaian dan Pelaksanaan

c- Apa itu Inovasi?

Adalah proses di mana usahawan menukarkan peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan.

Terdapat empat asas kepada inovasi:-

  • Penciptaan –  Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.
  • Perkembangan –  Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada.
  • Duplikasi –  Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsi tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.
  • Perpaduan – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk  atau aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barangyang telah sedia ada.