Bab 2 - Usahawan Dan Keusahawan

2.0 Entrepreneur & Entrepreneurship
  • Entrepreneur / The Founder
  • Entrepreneurial Process
  • Myth & Perceptions
  • Entrepreneur Profiling
  • Malaysian Successful Entrepreneurs
  • World Renowned Entrepreneurs


Ringkasan:
USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

1- Pembaharuan Oleh Individu Usahawan :-

  • Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru
  • Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru
  • Meneroka pasaran baru
  • Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru
  • Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif
  • Cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan
  • Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.


2- Keusahawanan :
Ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang,memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.

3- Motif Seseorang Menjadi Usahawan :
Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik dan faktor tertolak.

Faktor Tertarik

  • Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang
  • Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan
  • Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
  • Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat


Faktor Tertolak

  • Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas
  • Kemelesetan ekonomi
  • Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran